Wednesday, August 5, 2009

naqib

naqib anak ke-2 ku.alhamdulillah kelahiran dia penuh kesempurnaan Allah kurniakan.apa yg menarik minat Ain ttg si kecil ni ialah keupayaan dia berinteraksi dengan orang sekeliling dia.dah mula kuar kan bunyi n mmg bijak menangkap objek dengan mata.mungkin ini hasil didikan dari dalam rahim lg.

semasa dalam kandungan aku jaga Auji nabilah saja.duk umah,nyanyi main dan mcm2 aktiviti n kemungkinan setiap apa yg kami lakukan naqib pun mengikutinya.huhuhu.Allah Maha Pencipta,suatu ketika semasa nadi si kecil ini dalam rahim ku sekitar 2 minggu aku tak mampu menerima kenyataan yg aku akan mengandung lagi tika tu auji bari 1tahun 4bulan.susu pun blum sampai 2 tahun.rasa sedih amat menyelinap di hati ketika itu kerana kesian akan Auji.selalu hubby di marahi kerana wujudnya si kecil dalam rahim ku.

setelah ke klinik swasta kat bangsar utk pengesahan kandungan doktor menasihati aku supaya tidak melakukan penguguran kerana ianya amat bahaya.aku mdengar nasihat doktor.namun hatiku sentiasa tak senang ttg nyawa kecil ini.pertama kali aku buat imbasan ultrasound aku reda ttg nadi kecil yg ada dalam rahim ku.lalu aku rasa titisan air gugur dr mata kerana kagum akan ciptaan yg Maha Esa.lalu aku biarkan saja nadi kecil itu membesar dan terus membesar.

sepanjang kehamilan aku sentiasa berdoa agar aku mendapat zuriat lelaki.teringin nak anak lelaki dan aku dpt merasakan nadi kecil ini mmg lelaki.aku mmg suka buat ultrasound.hingga kandungan aku 5 bulan lebih.aku buat lg ultrasound.masa tu auji tido dalam keta.hubby jagakan,aku seorang je yg ke klinik.

Alhamdulillah tika tu aku nampak jantina anak aku,mmg sah dia lelaki.alhamdulillah syukur ku panjatkan.akhirnya si kecil itu keluar juga dr rahim ku.berbeza dengan kelahiran Auji hubby aku menemani kelahiran Naqib.Hubby lihat sendiri kelahiran naqib.bila melihat dia keluar dr rahim ku aku menyusukan dia buat kali pertamanya,dan kami terpaksa berpisah kerana di perlukan rawatan rapi di hospital.aku keluar seperti biasa selepas sehari kemudiannya.naqib di wad selama seminggu kerana ada kuman di pangkal rahimku.walaupun aku tak leh mendirikan solat tika itu aku sentiasa berdoa agar naqib sihat sentiasa.

selepas kepulangannya,kami berpantang di rumah mertua selama 2 minggu kemudian pantang sendirian.dan aku mula menyedari yg dia dah mula berinteraksi dgn ku.wah hebat btol anak ini.dia juga sudah mula mengiring.Allah itu Maha berkuasa.dan aku mengakui kekuasaan NYA.

dan maafkan mama Naqib kerana satu ketika mama pernah terfikir utk membuang Naqib dr rahim mama.dan sekarang Mama akui tiap anak yg lahir itu ada keistimewaan tersendiri

No comments: